Halaman

Khamis, 21 Jun 2012

Pengalaman Ke 2 Pregnant

Baby dah 4 bulan, baru mama dia ada masa nak tulis kat blog.

6 Julai 2011 besday aku yang ke 31, akhirnya hadiah yang paling bermakna bagi aku ialah aku telah disahkan mengandung... Gembira sangat. Aku cuma beritahu kat hubby je.. Yuyun (anak sulung aku) aku x beritahu, takut dia kecewa bila aku gugur lg... nie kes gugur ari tu, seminggu dia sedih. Sbb aku gugur dulu aku x boleh makan semua jenis asam yang ada bahan pengawet dan pewarna.

Sepanjang nak abiskan trimester pertama, aku x lah alah sangat tp.. aku sakit kepala sgt...pas tu aku kuat tdo. Masa kat opis aku curi2 tdo..(sorry bos) memang x blh buka mata langsung. Bila masuk trimester ke 2 sakit kepala dah ilang tp yang x blh ilang tdo.. mesti nak tdo siang jugak. x blh tidak paling kurang pun sejam. Yuyun pun dah tahu aku mengandung lagi siap pesan jangan makan asam lagi. Dah jd Pakar Pemakanan lah anak aku nie.Makan aku boleh makan apa saje kecuali daging dan asam. Ingat lagi masa Raya Haji tahun 2011, aku balik Terengganu hubby nak sangat balik. Pas solat raya g lah umah kakak ipar tahun nie dia korban lembu, balik-balik bawak daging. aku ape lagi angkat kaki cari port nak larikan diri, sbb larikan diri x tahan bau daging. bila time nak balik Klang, siap pesan dengan hubby jangan bawak balik daging (kes tahan bau daging) nasiblah dia faham.

Trimester ke 3, hubby lak asyik ajak g jalan. Hampir tiap2 minggu dia nak g jalan, x kiralah dekat ke jauh ke. Aku alah2 dah kurang tdo pun dah kuranglah sikit. Check-up tiap2 kali jumpa nurse mesti kena bebel sbb HB x naik.. still bawah 10. macam2 cara aku buat bagi up sikit Hb aku... last2 aku biar je. check lain ok je. Pandangan org.. baru perasan yang aku mengandung, dia ingat aku naik badan (gemuk) tu yang dia nampak aku berisi je... rupa2nye memang berisi anak manusia...hahahahahaha... Jangankan org lain, adik aku sendiri pun x tahu kakak dia mengandung...

Masuk 7 bulan lebih aku g lah scan 4D kat klinik Barakah, saja je nak tahu cukup sifat x anak aku. Jantina aku x nak tahu sbb harap lain nanti kuar lain,,, frust aku ntn. Kandungan kali nie aku excited nak scan 4D sbb anak 1 st x ada scan 3D @ 4D cuma ada 2D je. Nie hasilnye..


Sambung cerita lagi...

Bila dah masuk 9 bulan, aku pun apply cuti 2 minggu awal 23 Feb 2012, sbb due aku 7 Mac 2012. Cuti aku lulus... tp ada niat lain aku cuti awal..Masa nie memang unit aku tengah peak session renew insuran kapal jd alasan malas nak buat keje lah nie. pas tu aku tambah lg cuti sebelum 23hb.

Detik2....masa cuti

Masa 21hb Feb, aku dah start sakit perut 10 minit sekali, hubby pun ajaklah g Hospital Sungai Buluh(HSB). Sampai HSB Doc pun checklah itu ini.. last2 check laluan br 1 cm. Alarm False rupanye.. Doc suruh balik dulu. Besoknye aku sakit perut lagi, hubby dah risau takut2 dia x sempat nak balik dan x sempat nak hantar hospial. Pada hal HTAR punye lah dekat.. HSB jugak nak di pergi. Aku rasa boleh tahan lagi..siap g ambik anak kat sekolah cam biasa. Malam tu sakit makin kuat, tahan lagi, hubby yang tdo2 ayam.... hehehehehe cam beranak sulung lak. Jarak anak 1st dengan 2nd 7 tahun. Pagi tu hubby tanya nak g HSB x, aku ckp biar dulu nak g Klinik dulu nak check bukaan. Dalam kul 11 aku g lah Klinik Wan Elina nak tgk bukaan, Doc check br buka 2cm, siap dia kata cam muka x sakit je. aku gelak je lah. x kan nak tunjuk sakit depan org. Doc pesan g lah jalan2 ke, g shopping ke.. Pas ku klinik aku g lah shopping..pusing2. Dalam kul 1 ptg aku g ambik yuyun sekolah. borak2lah dengan ada satu makcik nie.. dia tanya bila nak bersalin. Siap gelak lagi aku jawab, td check dah buka 2cm. Doc suruh g jalan2 dulu. pucat jugak muka makcik tu...

Petang tu aku dah start sakit balik, tp tahan sampai hubby balik. Bila hubby balik, cakap lah dengan dia, "bi ma dah sakit dah nie" punye lah cuak hubby dia kata jom.. Aku blh relaks lg. Aku cakap pas Isyak lah kite g.. x lah tergesa2 nak solat karang. Pas isyak aku gerak g Hospital, Yuyun tinggal dengan pengasuh.

Detik....detik... detik...

Sampai HSB dalam kul 11.30 malam, Doc check dah buka 5cm, tp nak tolak masuk LB room penuh lagi. Doc bagi Katil untuk rehat. Perut dah sakit sangat nak baring aku x boleh..jd aku duduk atas katil sambil zikir. x larat nak duduk, aku g pusing2 kat ward tu..siap nurse cakap nape x baring, aku cakap aku x boleh baring lagi sakit. Nurse tanya dah buka berapa? selamba je aku cakap dah buka 5cm, nurse tu apa lagi suruh aku baring dia nak bagi kasi cepat lagi, pas tu dia cari LB kosong tu aku. Thanks kat nurse 2.

Dalam kul 4 pagi 24hb Feb 2012, aku jalan sendiri g kat LB room pas siap baring lagi dengan selamba. SN pun dah siap ape yang patut. Yang aku Ingat dalam 4.20 nurse cucuk tahan sakit, pas tu dia suruh teran (memang dah sakit sangat). sorang lagi nurse g panggil hubby. Cuma 3 kali teran je... bby kuar, tepat 4.38 pagi bersamaan 2 Rabiulakhir 1433H hari Jumaat. x sempat hubby nak tengok. sampai2 bb dah kuar.

Bila nurse dah siap jahit.. (koyak lama), dia panggil hubby untuk tgk bb untuk azan. Pas semua dah selesai hubby terus balik settle kan uri. pas jumaat baru datang balik. Family nak datang HSB, tp aku ckp x yah sbb blh balik petang tu. jadi family tggu kat umah je.

Sampai rumah, yuyun yang excited sangat tengok adik dia. Punye lah sayang kat adik dia...
nanti sambung lagi...