Dalam perjalanan pulang selepas ke kuala Lipis menghantar rombangan terima menantu bagi keluarga mak teh aku di Kuala Lipis aku sempat singgah sekejap di pusat Rekreasi ini. Tempat memang menarik dengan suasana yang cukup segar, sejuk dan paling penting jauh dari bunyi kenderaan yang lalu-lalang di tepi Highway Karak.
Bagi aku tempat ini boleh dimajukan lagi oleh pihak Majlis Daerah dan Kerajaan Negeri dengan membaiki kemudahan awam seperti tandas, tempat berehat, surau serta binakan kedai-kedai makan. Kerajaan Negeri pun boleh mengemaskini Brochure Perlancongan dengan memasukkan Pusat Rekreasi ini sebagai tempat perloncangan yang menarik di Negeri Pahang. Dengan usaha ini dapat menggalakkan rakyat malaysia untuk melancong di tanah air sendiri. Dengan mempopularkan lagi tempat-tempat seperti ini bertepatan dengan slogan kerajaan "Malaysia Destinasi Perlancongan Yang Menarik".








ermm...ruginyer. ciptaanNya yg indah tidak dinikmati dengan sebaik-baiknya...bestnya spent quality time with family,best therapy for reliefing tension....nice entry
BalasPadamTempatnya memang best gila... Tapi semua pihak salah. PBT salah dan pengunjung pun salah. Jadi kita sebagai manusia yang sayangkan alam sekitar perlu menghargai sebaik-baiknya persekitarandan kemudahan yang terdapat disana.
BalasPadam